Kelihatan keseluruhan pokok kacang panjang yang berusia 32hari (29/3/09)Gambar bawah, anak kacang panjang yang telah mulai mengeluarkan putik bunganya. Pokok kacang panjang ini berusia 32hari.
Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 29 0ktober 2008 di SMK Bandar Baru Sungai Long. Ia telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Pada sidang akhbar selepas majlis tersebut, Datuk Seri Hishammudin Tun Husein memaklumkan bahawa sebanyak 400 sekolah di seluruh negara sehingga kini telah melaksanakan program bumi hijau. Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu piawaian bagi melaksanakan program Bumi Hijau di semua sekolah seluruh negara menjelang tahun 2010. Bahagian pembangunan kokurikulum akan meneliti program berkenaan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional. Kementerian juga sedang mengkaji insentif yang akan disalur kepada sekolah yang terlibat dalam kokurikulum berlandaskan pertanian dan alam sekitar
RASIONAL
Program Bumi Hijau yang kini diperluaskan ke peringkat sekolah akan memberi kesan bermakna kepada semua pelajar. Selain mengenali sumber asas tani, program tersebut memberi pendedahan dalam bidang sains dan asas-asas pemasaran. Para pelajar yang berminat dalam bidang pertanian boleh menjadikannya sebagai satu profesion. Kini terdapat pelbagai teknologi yang membolehkan pertanian dilaksanakan dengan moden dan komersial serta mendatangkan hasil yang banyak. Dalam menghadapi krisis ekonomi dan makanan dunia, pertanian merupakan bidang yang amat penting dan cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan amalan bercucuk tanam. 2. Memupuk amalan bergotong-royong. 3. Mengeratkan interaksi antara pelajar. 4. Mewujudkan pelajar yang bersedia dipertanggungjawabkan menjaga persekitaran sekolah.
MATLAMAT
Matlamat utama program Bumi Hijau ialah untuk menggalakkan para pelajar bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Program ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap pertanian. Program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran yang cantik dan menarik.
STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 11 Februari 2009 Hari : Rabu Tempat : SMK Sungai Choh Sasaran : Semua pelajar SMK Sungai Choh
AJK INDUK PERINGKAT SEKOLAH
Penaung: Tn. Hj. Suhaimi B Abdul Rashid. AMN. Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor
Naib Pengerusi 2: 1. Pn. Nor Hapipah bt Abu Hanif GPK Hal Ehwal Murid
2. Pn. Norlia bt. Abu Bakar GPK Petang
Setiausaha: Pn. Rusidah bt. Imbran
Pen. Setiausaha: Pn. Rohaizah bt Ishak
Bendahari: En. Azhan b. Adam
AJK: 1. Pn. Azizah bt .Hassan 2. En. Musalli b. Md. Sahib 3. Pn. Noruzi bt. Said. 4. En. Hamidon b. Daie. 5. Pelajar Ahli Kelab ICT Sesi Petang.
ISTILAH KACANG PANJANG DARI WIKIPEDIA
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikansayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut. Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia.
Pengelasan Saintifik:
Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta. Kelas: Magnoliopsida. Order: Fabales Famili: Fabaceae Subfamili: Faboideae Genis: Vigna Spesies: V.unguiculata. Subspesies: V. u. sesquipedalis Nama Trinomial: Vigna unguiculata sesquipedalis.
PENUTUP
Pengerusi dan jawatankuasa pelaksana program Bumi Hijau Peringkat SMK Sungai Choh terlebih dahulu mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua, guru-guru penceramah, guru-guru pemimpin Unit Beruniform dan pelajar-pelajar. Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua pihak maka program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan keadaan yang lebih menyeronokan untuk mewujudkaan pelajar yang cinta kepada bumi dan persekitaran yang bersih dan sihat.
No comments:
Post a Comment