Monday, March 30, 2009

SALURAN GETAH SIRAMAN

En. Mohd. Haliff b. Mohd. Hatar (Pembantu Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Hulu Selangor) sedang membetulkan saluran getah siraman agar ia tidak tersumbat dan benar-benar menitiskan air di tempat yang betul.

LAWATAN SANG RAMA-RAMA

Ke dua-dua gambar berikut menunjukkan, sang rama-rama ini mungkin berhajat untuk singgah di kudup bunga kacang panjang yang berhampiran dengannya.


Sunday, March 29, 2009

ANAK KACANG PANJANG MULAI BERPUTIK

Kelihatan keseluruhan pokok kacang panjang yang berusia 32hari (29/3/09)Gambar bawah, anak kacang panjang yang telah mulai mengeluarkan putik bunganya. Pokok kacang panjang ini berusia 32hari.

Friday, March 27, 2009

KESELURUHAN KACANG PANJANG HARI KE-30


Pemandangan keseluruhan pokok kacang panjang (atas) pada hari ke-30 (pada 27.3.09 - Jumaat)

Wednesday, March 25, 2009

ANAK KACANG KHB

Keadaan anak kacang panjang KHB setelah dipasang tali penghalang agar pelajar tidak menceroboh kawasan tanaman.

En. Bakhtiar sedang menambah tali pengikat penghadang laluan untuk mengelakkan kawasan tanaman tersebut diceroboh oleh pelajar.

Tuesday, March 24, 2009

KERJA-KERJA PEMULIHARAAN

Sedang melilitkan anak tunas baru ke pohon induknya.


Sedang membuang rumput.


Pelajar sedang melakukan kerja-kerja pemuliharaan anak kacang panjang.

KESELURUHAN KACANG PANJANG HARI KE-27

Pemandangan keseluruhan kacang panjang yang telah berusia 27hari (24/3/09)

Saturday, March 21, 2009

Tuesday, March 17, 2009

ANAK KACANG PANJANG HARI KE-21

Kelihatan anak Kacang Panjang yang berumur 21hari (18/3/09)

Sunday, March 15, 2009

ANAK KACANG PANJANG HARI KE-19

Gambar (bawah), menunjukkan anak kacang panjang sudah mula melilit tali pergantungan untuk membolehkan ia melilit naik ke para yang disediakan. Gambar ini diambil pada 16.3.09

Friday, March 13, 2009

Tuesday, March 10, 2009

GAMBAR ANAK KACANG PANJANG HARI KE-13

Gambar (bawah) memperlihatkan kesuburan anak kacang panjang yang kini berusia 13hari. Tiga cabang daun telah pun tumbuh untuk meneruskan tumbesarannya
Gambar berikut kelihatan keseluruhan anak kacang panjang Projek Bumi Hijau.

Sunday, March 08, 2009

PERTUMBUHAN HARI KE-11

Kedua-dua gambar berikut menunjukkan keadaan anak kacang panjang yang berusia 11hari (8.3.09)

Saturday, March 07, 2009

SUSUNAN BARU POLYBEG

Kedudukan polybeg yang mengandungi anak kacang panjang diubah ke sebelah kiri kerana tanah sebelah kanan lebih keras dan mengandungi batu-batu kerikil. Ini menyebabkan kerja-kerja menggali untuk menanam tiang penyokong menjadi lebih sukar.
Tali tempat anak kacang panjang melilit telah disedikan oleh En. Bakhtiar bagi projek bumi hijau SMKSC. Beliau menanam anak kacang baru setelah projek kacang panjang terdahulu tamat tempot tuaian.
Kelihatan (gambar bawah) anak kacang panjang yang diusahakan oleh En. Bakhtiar dan pelajar bagi Projek Bumi Hijau KHB (Pertanian) sudah mula tumbuh dan sedia untuk membesar.

Thursday, March 05, 2009

KAWASAN TAMBAHAN

Guru Penasihat Persatuan ICT Sesi Petang, En. Musalli, memotong rumput di kawasan yang akan diletakkan polybeg tambahan.
En. Bakhtiar b. Mokhtar, Guru KHB (Sains Pertanian) membantu meletakkan polybeg ke tempat yang disediakan.
Kumpulan pelajar lelaki, ahli Persatuan ICT Sesi Petang turut membantu meletakkan polybeg tambahan di tempat yang telah ditentukan.

Kawasan tambahan setelah diletakkan polybeg tambahan.
Kumpulan pelajar lelaki ahli Persatuan ICT Sesi Petang yang membantu menyusun polybeg dikawasan tambahan. Kelihatan duduk di baris belakang Hisam 2B, Lubawi 2C, Amirul 2C, Ifran 2B, manakala duduk bahagian depan Danial 1A, Azri 1B, Mohd. Faizul 1C, dan Veel Murugatar 2C. Terima kasih kepada anda semua kerana sudi datang dan membantu.
Kumpulan pelajar perempuan ini merupakan ahli Persatuan ICT Sesi Petang, menggemburkan tanah dalam polybeg.

SEMASA DAN SELEPAS HARI HUJAN

Keadaan keseluruhan anak kacang pada hari ke-8. Gambar ini dirakam semasa hari hujan.

Gambar (atas) dirakam, menunjukkan keadaan keseluruhan anak kacang panjang selepas hari hujan.
Keadaan salah satu polybeg yang mengandungi anak kacang setelah disirami air hujan. Gambar dirakamkan pada 5.3.2009 jam 1.50petang. Anak kacang di atas, berusia 8hari.

Wednesday, March 04, 2009

LAWATAN PEGAWAI PERTANIAN

En. Mohd. Haliff b. Mohd. Hatar, Pembantu Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian, dari Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Daerah Hulu Selangor sedang memberikan khidmat nasihat kepada GPK KOKO Pn. Alimah bt Abu Noh mengenai teknik, kaedah dan kesesuaian pembajaan serta perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam menjayakan PROJEK BUMI HIJAU SMKSC. Menurut beliau ketinggian sesuatu anak pokok dikira dari hujung akar hingga ke hujung daun yang tertinggi. Walaubagaimanapun, ketinggian pertumbuhan tumbesaran anak pokok boleh juga dikira dari paras tanah hingga ke paras daun yang tertinggi.

Tuesday, March 03, 2009

PEMANDANGAN KESELURUHAN HARI KE-6


Gambar di atas menunjukkan keseluruhan polybeg yang mengandungi anak kacang panjang yang berusia 6hari.

Monday, March 02, 2009

SUBURNYA BUMI BERTUAH

Keadaan anak kacang panjang setelah berumur 5hari (2.3.09)